Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan (PPPNS). Foto NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Masalah pernafasan, asma meningkat akibat jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kes jangkitan saluran pernafasan akut (URTI) menunjukkan peningkatan ketara susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah lokaliti yang terjejas turut meningkat daripada hanya tujuh lokaliti ketika beliau membuat kenyataan sebelum ini kepada 31 atau 32 lokaliti terkini.

Menurut beliau, kebanyakan lokaliti yang dikesan pada peringkat awal melibatkan kawasan di Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang.

“URTI ini telah meningkat kepada tahap sangat tinggi apabila pada minggu epidemiologi (ME) 32, jumlah kes mencecah 1,637 sebelum melonjak kepada 3,674 kes pada ME33,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurutnya, peningkatan turut direkodkan bagi kes asma dengan jumlah peningkatan sebanyak 158 kes iaitu bersamaan 259% daripada 61 kes (ME 32) kepada 219 kes (ME 33), manakala bagi kes konjunktivitis pula, tiada peningkatan kes dilaporkan dengan kes menurun daripada 157kes (ME 32) kepada 146 kes (ME 33). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN