Nur Fathiah Hanani Suhaibi bersama ibunya, Noryati binti Mohamed yang kini berusia 57 tahun dan kakaknya Siti Nur Syahirah Zali yang turut hadir ke Majlis Konvokesyen UC TATI ke-26 di Kemaman, Terengganu.

Nur Fathiah genggam Anugerah Rektor, hadiah buat ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tanggungjawab terhadap ibu yang menjalani rawatan dialisis tidak menghalang Nur Fathiah Suhaibi, 21, menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan cemerlang sehingga menerima Anugerah Rektor pada Majlis Konvokesyen UC TATI ke-26 di sini.

Malah ianya satu perjalanan jauh buat anak jati Kuala Terengganu untuk mengecapi kejayaan ini setelah dibesarkan oleh seorang ibu sepenuhnya setelah tragedi perceraian pada ketika Nur Fathiah Suhaibi berusia 2 tahun ketika itu.

“Jujur berkata, saya tidak pernah impikan untuk menerima Anugerah Rektor ini apatah lagi saya hanya pelajar diploma bagi jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Apa yang dipikirkan adalah untuk menamatkan pengajian sepenuhnya demi masa depan saya.

“Pernah terpikir untuk menyambung pengajian di tempat lain namun memikirkan kasih kepada ibu saya, saya memilih UC TATI untuk berada dekat dengan ibu saya. Juga kini saya telah menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang sama masih berpeluang untuk saya memberi perhatian kepada ibu saya,” katanya.

Selain cemerlang dalam pengajian, anak bongsu daripada empat beradik itu juga aktif dalam sebarang penyertaan sebarang aktiviti mahupun program di kolej dan juga penglibatan diri dalam akviti kesukarelawan bersama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Terengganu yang menjadi tambah nilai untuk merangkul anugerah berprestij itu.

Selepas menamatkan pengajian diploma dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.96, beliau terus menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang sama di sebuah institut pengajian tinggi di Kuala Terengganu ini.

Pada Majlis Konvokesyen UC TATI ke-26 yang telah berlangsung pada Sabtu lalu, Nur Fathiah Hanani Suhaibi menerima Anugerah Rektor yang disampaikan oleh Naib Canselor UC TATI, Dato’ Ir. Kamaluddin Abd Rashid, bersama Rektor, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN