AHMAD (tiga dari kanan) menyampaikan Sumbangan kepada Julaiha di rumahnya di Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, Pontian, hari ini. Foto MUHAMMAD ZIKRI

Jerebu: Tempoh operasi lampu jalan perlu dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Tempoh operasi lampu jalan pada waktu pagi perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya dua jam ketika musim jerebu bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan berikutan keadaan jerebu yang menyebabkan jarak penglihatan terhad, terutama pada awal pagi.

Katanya, keadaan menjadi lebih berbahaya apabila lampu jalan ditutup ketika pengguna jalan raya masih berdepan masalah penglihatan akibat jerebu.

“Saya saran pandangan ini diambil kira dan disesuaikan dengan keadaan jerebu ketika ini. Memandangkan semua lampu jalan mempunyai pemasa (timer), mungkin ia boleh diselaraskan semula,” katanyacselepas menziarahi keluarga tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Kampung Parit Haji Siraj, di sini, petang ini.

Ahmad berkata, pengurusan lampu jalan bukan sahaja di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya, malah turut melibatkan pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah, khususnya bagi kawasan luar bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN