Sebelum berlepas, semak keadaan cuaca, amaran bencana dan perkembangan keselamatan di destinasi dituju.

6 langkah asas terlibat bencana ketika melancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELANCONG ke luar negara dapat menjadi jambatan yang menghubungkan budaya, sejarah dan gaya hidup masyarakat.

Di sebalik keindahan panorama, pengalaman mengembara turut hadir dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.

Bukan sekadar soal menyediakan pasport, tiket penerbangan dan tempat penginapan, sebaliknya persediaan menghadapi situasi kecemasan juga perlu diberi perhatian.

Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan ribut boleh berlaku tanpa diduga hingga menjejaskan perjalanan dalam tempoh singkat.

Keadaan akan menjadi lebih mencabar apabila pelancong berada di negara yang mempunyai bahasa, sistem kecemasan dan prosedur keselamatan berbeza.

Oleh itu, beberapa langkah asas perlu diketahui untuk bertindak dengan tenang sekiranya berdepan situasi sedemikian, sekali gus memastikan keselamatan diri sentiasa terjamin.

Ketahui keadaan dan amaran keselamatan setempat
Sebelum berlepas, semak keadaan cuaca, amaran bencana dan perkembangan keselamatan di destinasi melalui sumber rasmi. Simpan nombor telefon kecemasan serta alamat kedutaan atau konsulat Malaysia.

Sebagai contoh, jika melancong ke Jepun ketika musim hujan atau taufan, pelancong boleh menyemak amaran cuaca dan arahan pemindahan melalui saluran rasmi sebelum keluar dari hotel.

Sediakan beg kecemasan
Pastikan barangan penting mudah dicapai sekiranya perlu meninggalkan hotel dengan segera.

Beg kecemasan boleh mengandungi air minuman, makanan ringan, ubat peribadi, lampu suluh, pengecas mudah alih, salinan dokumen perjalanan dan sedikit wang tunai.

Sekiranya berlaku gempa bumi, bekalan elektrik atau perkhidmatan pengangkutan mungkin terganggu, dan pelancong perlu bertahan sementara menunggu bantuan.

Pastikan barangan penting mudah dicapai sekiranya perlu meninggalkan hotel dengan segera.

 

Ikuti arahan pihak berkuasa dan jangan panik
Apabila bencana berlaku, pelancong perlu memberi keutamaan kepada arahan pihak berkuasa tempatan berbanding meneruskan jadual perjalanan.

Jika menerima arahan pemindahan, tinggalkan kawasan berisiko menggunakan laluan yang ditetapkan.

Cuba dapatkan bantuan daripada pihak bertanggungjawab dan tidak cuba meredah jalan yang sudah dinaiki air hanya kerana ingin kembali ke hotel untuk mengambil barang.

Ketahui lokasi selamat berhampiran
Sebaik tiba di destinasi, kenal pasti pintu keluar kecemasan, pusat pemindahan, hospital dan kawasan perlindungan yang berhampiran dengan penginapan.

Maklumat ini penting kerana keadaan mungkin menyebabkan seseorang tidak dapat menggunakan aplikasi peta seperti biasa.

Dalam situasi gempa bumi, pelancong perlu mengetahui lokasi terbuka yang selamat dan menjauhi bangunan, kaca serta struktur berisiko runtuh.

Simpan dokumen dan maklumat penting
Pasport, visa, tiket, polisi insurans perjalanan dan nombor kecemasan perlu disimpan dalam beberapa bentuk.

Selain dokumen asal, simpan salinan digital dalam peranti atau storan yang boleh dicapai apabila diperlukan.

Jika beg yang dibawa hilang ketika proses pemindahan akibat ribut, salinan pasport dan maklumat insurans boleh membantu ketika membuat laporan atau mendapatkan bantuan.

Maklumkan keadaan kepada keluarga atau rakan
Selepas berada di tempat selamat, maklumkan keadaan kepada ahli keluarga atau rakan di Malaysia supaya mereka mengetahui keselamatan dan lokasi terkini.

Jika rangkaian telefon terganggu, cuba gunakan Wi-Fi atau perkhidmatan komunikasi yang masih tersedia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN