Tangkap layar kejadian air banjir yang memasuki sebuah teksi yang dinaiki dua penumpang dari Malaysia di Bangkok semalam.

[VIDEO] ‘You have something to throw water’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Percutian dua pelancong Malaysia ke Bangkok, Thailand bertukar pengalaman mencemaskan apabila taksi yang dinaiki mereka dimasuki air banjir sehingga membasahi ruang penumpang.

Menerusi video yang tular di media sosial, air kelihatan memenuhi bahagian lantai kenderaan sehingga hampir mencecah tempat duduk penumpang.

Situasi itu menyebabkan perjalanan mereka seolah-olah menaiki ‘taksi bot’ apabila kenderaan berkenaan terpaksa meredah kawasan yang dinaiki air.

Video berkenaan turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai pengalaman luar biasa ketika melancong.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk ada yang meminta untuk dikongsikan babak kedua selepas air banjir dibuang daripada teksi tersebut

“Jangan lupa masukkan sambungan dia bahagian ‘throw water’ keluar, penat lah ‘i swim in your car’ cukup ya kak,” tulis seorang pengguna Thread.

Seorang pengguna lain pula menulis, kejadian itu merupakan hujan dan banjir sebelum suhu panas melampau super El Nino yang diramal melanda hujung tahun ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika banjir melanda beberapa kawasan di Bangkok, menyebabkan sebahagian jalan dinaiki air dan menjejaskan pergerakan kenderaan.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN