fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan kerja-kerja meroboh struktur bangunan Secangkir Kafe sedang dilakukan.

[VIDEO] Secangkir Kafe dirobohkan, hanya tinggal kenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Premis Secangkir Kafe yang diusahakan sepasang suami isteri di Kuantan, Pahang akhirnya dirobohkan semalam selepas mereka maut dalam kemalangan tragis di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) pada 31 Ogos lalu.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di aplikasi Threads oleh @Tengku_ejan yang memaparkan kerja-kerja meroboh premis tersebut sedang dilakukan.

Menurut individu itu, walaupun sukar, tetapi mereka terpaksa berbuat demikian kerana pemiliknya sudah meninggal dunia.

“Ada projek yang kita bina dengan bangga dan ada projek yang kita terpaksa buka (roboh) semula, bukan kerana kerja itu tidak bagus, tetapi kerana sebuah cerita telah berubah.

“Hari ini, kami kembali untuk merobohkan semula apa yang pernah kami bina dan mengembalikannya kepada keadaan asal.

“Pemiliknya telah pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan. Di sebalik setiap dinding yang dirobohkan, ada kenangan yang pernah tercipta,” luah individu itu.

Berdasarkan klip video yang dikongsi semalam itu ke  kerja-kerja meroboh Secangkir Kafe dilakukan dengan merobohkan beberapa struktur bangunan dan menanggalkan papan tanda.

Sebelum ini, premis berkenaan diusahakan pasangan suami isteri, Allahyarham Nur Atiqah Sofiya dan suaminya, Allahyarham Naza­tullah Nazmi masing-masing berusia 32 tahun selepas wabak Covid-19.

Bagaimanapun, pasangan tersebut meninggal dunia dalam kejadian kemala­ngan melibatkan 11 buah ken­deraan di Kilometer 110.4, LPT1, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, nahas tersebut turut mengorbankan anak tunggal pasangan tersebut, Muhammad Armaan Nazeef yang berusia lima tahun.

Keluarga mangsa kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan operasi Secangkir Kafe memandang mereka mempunyai perniagaan sendiri. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN