fbpx
Anwar dan Anthony.

Anwar belum terima surat letak jawatan Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Anwar berkata, beliau hanya akan menentukan tindakan selanjutnya selepas surat berkenaan diterima.

“Tunggu surat,” katanya ringkas ketika ditemui pada Himpunan Mesra Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, keputusan sama ada rombakan Kabinet akan berlaku susulan tawaran peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih belum diputuskan.

Anwar memaklumkan, beliau terlebih dahulu mahu bertemu dan mendengar sendiri pandangan Anthony sebelum membuat sebarang keputusan berhubung tawaran tersebut.

Tindakan Anthony menawarkan peletakan jawatan adalah disebabkan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN