fbpx
Gambar yang dikongsi pengguna di aplikasi Threads yang memaparkan kesesakan yang berlaku di Lebuh Raya NKVE dan Lebuh Raya Utara Selatan malam ini.

[VIDEO] ‘Pukul 7.30 Tol Duta, 9 malam baru R&R Sungai Buloh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) kini berdepan dengan kesesakan teruk bermula dari Tol Duta menghala ke arah utara.

Berdasarkan perkongsian oleh _Akhmxxl_ di aplikasi Threads, kesesakan teruk itu masih lagi berlaku ketika ini.

“Ya Allah memerlukan kesabaran tinggi hari ini ikut Tol Jalan Duta. Tol Duta 7.30 pm sampai R&R (hentian rehat dan rawat) Sungai Buloh pukul 9 malam,” kata individu tersebut.

Jelas individu itu, dia telah mengambil keputusan untuk berehat di R&R Sungai Buloh buat sementara waktu.

“Saya dah berhenti kat R&R Sungai Buloh tak larat dah, tunggu okay sikit baru gerak,” ujarnya.

Menurut individu itu, kesesakan ‘luar biasa’ itu adalah disebabkan insiden pokok tumbang yang berlaku di Lebuh Raya NKVE petang tadi.

“Sebab pokok tumbang, tapi lepas dari pokok tumbang pun masih jem jugak,” katanya

Terdahulu Kosmo melaporkan, kejadian pokok tumbang itu berlaku di Lebuh Raya NKVE di Kilometer (KM) 22.9 arah selatan ketika hujan, menyebabkan kesemua lorong laluan berkenaan terhalang.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, susulan kejadian itu, aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dengan kesesakan dianggarkan sejauh lima kilometer.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN