fbpx
Pink Oktober, kempen kesedaran penyakit kanser payu dara yang dianjurkan sejak 1985.

Pink Oktober bukan sekadar zumba, larian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bakal memasuki suku keempat tahun 2026, Oktober tidak menjanjikan sebarang cuti umum kepada rakyat Malaysia untuk bercuti panjang seperti Ogos yang ‘pemurah hati’.

Jalanilah rutin harian dengan mood yang baik menghampiri akhir tahun dengan semangat gigih untuk memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) disasarkan bukan sahaja untuk syarikat, perniagaan atau diri sendiri.

Banyak peristiwa penting akan berlangsung bulan Oktober dan seperti biasa pembentangan Belanjawan bagi 2027 juga dinanti-nantikan pelbagai pihak kerana ia akan menetapkan hala tuju ekonomi negara.

Berlangsung juga pada awal bulan tersebut Grand Prix Bahrain buat julung kalinya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor sebelum Grand Prix Singapura mengambil giliran seminggu kemudian membolehkan kedua negara ini bakal menjadi tumpuan peminat sukan permotoran tersebut dari seluruh dunia.

Selain itu, bulan 10 juga dikenali di peringkat antarabangsa kerana sambutan meraikan Pink Oktober iaitu kempen kesedaran mengenai penyakit kanser payu dara yang telah dianjurkan sejak tahun 1985 bermula di Amerika Syarikat.

Seperti biasa, Kementerian Kesihatan akan berganding baharu bersama pelbagai badan bukan kerajaan menganjurkan kempen kesedaran di pelbagai lokasi yang memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai penyakit tersebut.

Ada juga penganjuran melibatkan pemeriksaan kesihatan asas kepada wanita dan memberi peluang kepada wanita yang menghadapi masalah berkaitan penyakit itu berjumpa dengan pakar kesihatan atau perunding kesihatan.

Keprihatinan pihak-pihak berwajib banyak membantu wanita-wanita daripada pelbagai sejarah latar belakang kehidupan kerana dalam era kemajuan terkini, masih ada yang tertinggal maklumat tentang penyakit tersebut.

Ada yang masih malu ke depan untuk bertanya tentang tanda-tanda awal penyakit tersebut kerana perubahan gaya hidup wanita masa kini termasuk di peringkat remaja yang turut tidak terkecuali mengalami pellbagai penyakit.

Dalam keterujaan pelbagai pihak ini membuat perancangan menyambut kempen Pink Oktober, cuba berfikir di luar kotak yang mana biasanya, aktiviti dibuat sama setiap tahun hingga tiada yang unik untuk disertai golongan muda.

Jangan jadikan program itu sebagai aktiviti ‘syok sendiri’ yang hanya memenuhi keperluan tahunan semasa, tetapi tiada inisiatif untuk mencari kelainan bagi meningkatkan kesedaran kepada golongan wanita.

Mungkin aktiviti berzumba, larian dengan konsep warna merah jambu diubah kepada aktiviti turun padang bertemu wanita di kawasan komuniti, di surau atau masjid dan juga rumah ibadah lain serta bertemu dengan wanita-wanita di pejabat atau di premis perniagaan atau di pasar raya.

Segala inisiatif itu boleh diadakan melalui kerjasama dengan persatuan penduduk, ahli jawatankuasa surau dan masjid serta juga majikan untuk membuat pemeriksaan kesihatan khusus untuk wanita.

Biarlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan yang aktif dalam kempen Pink Oktober ini sibuk sepanjang bulan tersebut untuk merealisasikan misi turun padang berjumpa dengan kumpulan sasaran dan bukan sekadar meraikannya hanya sehari dengan penuh semangat kegembiraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN