Kenderaan mewah disita JPJ selepas LKM tamat tempoh dan tiada insurans. – FOTO JPJ WPKL

Kereta dah mewah, cukai jalan pula tamat tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penampilan mewah tidak menghalang sebuah kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) selepas didapati mempunyai LKM tamat tempoh dan tiada insurans.

Tindakan itu dilakukan menerusi Ops Kenderaan Luxury di Plaza Tol Gombak menghala ke MRR2 pada Selasa lalu.

Menurut JPJ WPKL, pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit melakukan dua kesalahan iaitu LKM tamat tempoh dan tiada insurans.

Susulan itu, kenderaan berkenaan disita dan dibawa ke JPJ WPKL untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN