fbpx
Salah seorang suspek tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini bagi proses tahanan reman untuk membantu siasatan kes kematian wanita berusia 49 tahun di Kampung Cheh, Kuala Kangsar.

Bapa, anak lelaki 15 tahun direman kes bunuh wanita OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Dua beranak termasuk remaja lelaki masing-masing direman tujuh dan dua hari bagi membantu siasatan kes kematian wanita orang kurang upaya (OKU) di Kampung Cheh dekat sini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin terhadap lelaki berusia 44 tahun dan anaknya yang berusia 15 tahun di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar di sini hari ini.

Majistret Norizan membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua beranak itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian petang semalam, Balai Polis Kati menerima laporan berhubung kematian seorang wanita berusia 49 tahun di sebuah rumah di Kampung Cheh.

Hasil soal siasat ahli keluarga mangsa menyedari si mati berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri. Ketika ditemukan mangsa dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun semalam berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN