fbpx
Asyraf Wajdi (kiri) berharap agar pihak mahkamah dapat mempertimbangkan harapan tersebut untuk kelancaran proses tahanan rumah terhadap Najib.

Harap mahkamah pertimbang isu pembekuan aset Najib – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Pembekuan aset bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi antara kekangan untuk melunaskan bayaran denda RM50 juta sebagai syarat menjalani tahanan rumah merupakan perkara yang diharap dapat diambil kira oleh pihak mahkamah.

Perkara tersebut disuarakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika ditemui pemberita di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai sekiranya ada usaha untuk membuka aset-aset yang dibekukan tersebut, beliau mengakui perkara berkenaan antara yang diharap dapat dilaksanakan.

“Ya, kita mengharapkan supaya pihak mahkamah juga akan mengambil kira perkara ini,” katanya kepada pemberita di MRSM Parit di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, firma guaman, Tetuan Shafee & Co. yang mewakili Najib berkata, ketika ini sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah bekas Perdana Menteri itu masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan tindakan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan.

Sehubungan itu, Najib akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta berjaya dilangsaikan kepada pihak mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN