fbpx
JET peribadi yang terbakar selepas terbabas dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Mistara, Libya baru-baru ini. - Jam Press

Juruterbang mabuk punca pesawat terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRIPOLI  – Dua juruterbang ditahan kerana didakwa berada di bawah pengaruh alkohol semasa cuba mendaratkan sebuah jet peribadi sebelum terbabas dari landasan dan terbakar di sebuah lapangan terbang di Libya, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mistara, baru-baru ini. 

Pesawat jenis Cessna Citation Latitude buatan tahun 2026 itu membawa tiga orang termasuk dua juruterbang terbabit dan seorang kru. Ia dilaporkan berlepas dari Istanbul, Turkiye. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan anggota pasukan kecemasan cuba memadamkan kebakaran pada bangkai pesawat. 

Tiada kecederaan dilaporkan, namun pendakwa raya menyatakan bahawa dua juruterbang itu  berada di bawah pengaruh alkohol semasa melakukan pendaratan yang gagal. 

Mereka juga dituduh mengabaikan peraturan keselamatan penerbangan dan awam. 

Syarikat pengendali jet berkenaan yang berpangkalan di Turkiye, BKNJET Aviation Co., menafikan dakwaan tersebut. 

“Tiada keputusan atau dokumen rasmi sah yang menunjukkan sebarang penemuan mengenai alkohol diterima oleh kami,” kata syarikat itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN