fbpx
PEMILIK Kumpulan Djarum, Robert Budi Hartono kembali ke puncak senarai jutawan Indonesia.

Pemilik Djarum rampas takhta orang terkaya Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Taikun arang batu Low Tuck Kwong hilang kedudukan orang terkaya Indonesia selepas saham syarikat miliknya, Bayan Resources merosot selama dua hari, menyebabkan  kehilangan anggaran kekayaan berbilion-bilion dolar, lapor laman berita Jakarta Globe.

Bayan Resources merupakan  syarikat perlombongan yang diasaskan dan dikendalikan oleh Low.

Menurut ranking bilionair masa sebenar majalah Forbes, anggaran kekayaan bersih Low turun sebanyak AS$2.5 bilion(RM10.2 bilion) atau 14.6 peratus  kepada AS$14.8 bilion (RM60.6 bilion), mengetepikan  beliau ke tangga ketiga senarai orang terkaya Indonesia.

Saham Bayan Resources (BYAN) ditutup 8.1 peratus lebih rendah pada 10,200 rupiah (RM2.35)  sesaham kelmarin, melanjutkan penurunan 10.1 peratus dalam sesi dagangan sebelumnya.

Penurunan itu melonjakkan pemilik Kumpulan Djarum, Robert Budi Hartono kembali ke puncak senarai jutawan Indonesia, dengan anggaran kekayaan AS$16.5 bilion (RM67.6 billion), meningkat  AS$125 juta (RM512.2 juta), atau 0.7 peratus, demikian  menurut Forbes.

Pengasas Kumpulan Barito Pacific, Prajogo Pangestu menduduki tempat kedua, juga dengan anggaran nilai kekayaan bersih juga AS$16.5 bilion, walaupun mengalami penurunan aset sebanyak AS$522 juta (RM2.1 bilion), atau 3 peratus.

Low menyusul di tempat ketiga dengan AS$14.8 bilion.

Anthoni Salim menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$11.1 bilion (RM45.4 bilion), diikuti oleh Tahir dan keluarganya pada AS$9.7 bilion (RM39.7 bilion), Sri Prakash Lohia pada AS$8.9 bilion(RM36.4 bilion) dan usahawan teknologi Otto, Toto Sugiri pada aset AS$8.3 bilion (RM34 bilion).

Marina Budiman menduduki tempat kelapan dengan AS$5.9 bilion (RM24.1 bilion), diikuti oleh Lim Hariyanto Wijaya Sarwono pada AS$5 bilion (RM20.4 bilion) dan TP Rachmat pada AS$4.9 bilion (RM20 billion). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN