MOHD FAKHRUL (kiri) bergambar kenangan dengan rakan pendaki ketika dalam perjalanan dari Kathmandu, Nepal ke Tibet. Foto FB Loe Solo.

Kicok harap rakan pendaki selamat dalam bencana Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Pendaki Gunung Everest, Mohd Khafiz Bachok atau lebih dikenali sebagai Kicok berharap sembilan pendaki Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir besar di Nepal, semalam, ditemukan selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Kicok, 40, berkata, antara sembilan rakyat Malaysia yang belum dapat dihubungi itu ialah rakannya, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, seorang pendaki profesional dari Perak.

Menurutnya, Mohd Fakhrul yang juga anggota pasukan khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali dalam kalangan penggiat sukan lasak sebagai ‘Abang Bomba’ atau ‘Loe’.

“Saya berharap Fakhrul tidak terlibat dalam bencana berkenaan. Namun, sehingga kini dia tidak dapat dihubungi dan keadaan itu amat membimbangkan.

“Saya mendapat tahu Fakhrul bersama satu kumpulan sedang dalam perjalanan dari Kathmandu menuju Tibet ketika bencana berlaku,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kicok berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan perjalanan rakannya yang dikenalinya sejak 2012 itu menerusi media sosial sebelum mengetahui mengenai bencana banjir yang melanda Nepal.

“Dalam kumpulan ‘Abang Bomba’ itu terdapat 10 orang termasuk seorang warga Nepal. Sembilan daripadanya adalah rakyat Malaysia.

“Jadi, saya berharap mereka semua berada dalam keadaan selamat dan hanya terputus hubungan akibat bencana serta masalah komunikasi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN