PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdepan kesesakan susulan kemalangan di Kilometer (KM) 30 arah timur dari Bukit Rimau ke Hicom pada pukul 10.17 pagi tadi.
Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan, ekoran kemalangan itu, laluan susur keluar Kota Kemuning dan lorong kiri laluan utama terhalang, manakala aliran trafik perlahan.
“Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu,” kata LLM hari ini. – KOSMO! ONLINE














