fbpx
PSG enggan Piala Super UEFA yang dimenangi musim lalu terlepas ke tangan pasukan lawan. - AFP

Piala Super UEFA: PSG tekad kekal gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SALZBURG – Paris Saint-Germain (PSG) sedang berada pada motivasi tertinggi untuk memburu kejayaan kedua berturut-turut pada aksi Piala Super UEFA menentang Aston Villa di Red Bull Arena, awal pagi esok.

Pengendalinya, Luis Enrique menyifatkan perlawanan kali ini menjadi cabaran yang cukup unik buat kelabnya yang sentiasa menunjukkan kemahuan untuk meraih kemenangan.

Enrique juga menjelaskan, kejayaan serta kemenangan dalam saingan Piala Super UEFA akan memberikan permulaan yang lebih sempurna buat PSG menjelang kempen musim baharu nanti.

“Saya tidak fikir ada mana-mana pasukan lain di Eropah yang lebih bermotivasi daripada kami. Tidak boleh diragukan lagi, fikiran saya kekal melihat piala ini adalah sesuatu yang cukup penting.

“Aston Villa juga pastinya bersedia untuk tampil kompetitif. Adalah hebat untuk memulakan setiap musim baharu dengan mendapat sokongan daripada kelab, penyokong dan pengurusan tertinggi pasukan.

“Saya akan berikan segala-galanya. Mungkin agak sukar untuk memastikan kemenangan, namun kami tidak mahu melepaskan setiap peluang yang kami ada,” katanya.

Bagaimanapun, cabaran PSG pastinya tertumpu tentang bagaimana keutuhan pasukan untuk melunaskan apa yang dituntut oleh Enrique yang mengakui tidak pernah melupakan tanggungjawab walaupun sedang bercuti bersama keluarga.

Dalam masa sama, Enrique cukup menghormati dan tidak sabar untuk bertemu rakan sejawatnya di Aston Villa, Unai Emery yang dilabel sebagai jurulatih yang memiliki kualiti tersendiri.

“Saya berehat agak lama di mana saya bersama keluarga. Walaupun cuba untuk lupakan seketika tentang bola sepak, saya tidak mampu melakukannya kerana semua orang bercakap tentang saya dan kejayaan yang kami raih.

“Pada akhirnya, seorang jurulatih tidak pernah terputus daripada pasukannya kerana perlu membuat keputusan walaupun ketika musim panas. Jurulatih tidak hanya ke tempat kerja. malah perlu berhubung dengan pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN