Hantaran dimuat naik Fadhlina di akaun Threads.

Tak ada yang kekal, selagi diberi peluang kita buat yang betul – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan setiap keputusan yang dibuatnya adalah berasaskan tanggungjawab dan bukan semata-mata untuk mengejar populariti.

Menerusi hantaran di Threads, beliau berkata, selagi diberikan peluang untuk menjalankan amanah, perkara utama adalah melakukan apa yang dianggap betul dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.

“Tak ada yang kekal saudara. Selagi diberi peluang, kita buat apa yang betul. Biar rakyat menilai.

“Yang penting, setiap keputusan kita buat atas dasar tanggungjawab. Bukan untuk kejar populariti semata,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada komen seorang pengguna media sosial yang secara berseloroh memintanya mengambil banyak gambar kerana mendakwa kedudukannya sebagai menteri hanya berbaki ‘sepenggal’.

Hantaran Fadhlina itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dengan sebahagiannya tampil memberikan kata-kata semangat dan menyatakan sokongan terhadap beliau.

“Jalan terus je YB. Sepenggal ke, setengah penggal ke. Ini amanah Allah pada YB dan kerajaan. Saya doakan YB sihat selalu.

“Tak mudah, tapi Allah ada. Jangan takut, YB buat banyak benda baik,” kata seorang pengguna.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain meminta Fadhlina meneruskan tugasnya tanpa terlalu mempedulikan kritikan yang dilemparkan terhadap beliau.

“Teruskan kerja YBM. Lalat dan langau ini memang banyak. Padahal, apa disumbang pada negara pun tak tahulah tu,” katanya.

Hantaran tersebut setakat ini meraih puluhan ribu tontonan serta ratusan komen daripada pengguna Threads. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN