fbpx
Tangkap layar penumpang Perodua Alza dilihat mengeluarkan badan melalui tingkap ketika kenderaan sedang bergerak.

Polis buru pemandu, penumpang aksi bahaya ‘keluar badan’ dari Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu dan penumpang sebuah Perodua Alza yang dirakam melakukan aksi berbahaya apabila sebahagian badan penumpang dikeluarkan melalui tingkap belakang ketika kenderaan itu sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mengesahkan pihaknya mengesan satu video tular di aplikasi Threads, semalam yang memaparkan aksi berkenaan.

“Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 1, Lebuh Raya Kajang-Seremban menghala ke Kajang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-2966 7474. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN