fbpx
Tangkap layar video memaparkan anjing baka Pitbull yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Pitbull di Lukut terlepas dari rumah, bukan dibuang – JPVNS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) mengesahkan anjing baka Pitbull yang tular di media sosial, baru-baru ini bukan dibuang sebaliknya terlepas dari rumah pemiliknya.

JPVNS memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung anjing berkenaan yang didakwa berkeliaran di Port Dickson dan hasil siasatan mendapati video tular tersebut merupakan rakaman dimuat naik pada 9 Julai lalu.

“Siasatan lanjut turut mendapati anjing Pitbull berkenaan mempunyai pemilik. Selepas video tersebut tular, pemilik memaklumkan bahawa anjing miliknya telah terlepas dari rumah sebelum terus ke lokasi kejadian untuk mengambil semula anjing tersebut,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, jabatan itu mengingatkan pemilik haiwan supaya memastikan penjagaan dan pengawasan munasabah diberikan bagi mengelakkan haiwan peliharaan terdedah kepada penganiayaan atau menjejaskan kebajikannya.

JPVNS berkata, kegagalan berbuat demikian sehingga menyebabkan kebajikan haiwan terjejas merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 33 Akta Kebajikan Haiwan 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN