PEMAIN negara, G. Pavithran (tiga dari kanan) meraikan jaringannya untuk mengesahkan kemenangan ke atas Filipina di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

Piala ASEAN 2026: Harimau Malaya sahkan tempat ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 selepas atasi Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kejayaan ini menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal berdepan satu lagi ujian getir di separuh akhir apabila akan bertemu Vietnam yang menjuarai saingan Kumpulan A.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal yang berada dalam kesebelasan utama buat kali pertama pantas membalas kepercayaan apabila muncul pencetus kepada jaringan kemenangan Harimau Malaya.

Selepas menyempurnakan sepakan percuma pada aksi dengan Laos, 28 Julai lalu, kali ini Wan Kuzain mencipta cerita berbeza apabila melakukan umpanan berkualiti yang berjaya disempurnakan oleh G. Pavithran.

Terdahulu, skuad negara memulakan perlawanan dengan agak positif dan minit ke-16, Pavithran bijak menghidu peluang untuk menanduk masuk umpanan Wan Kuzain dari sebelah kiri gawang Filipina.

Walaupun pelawat cuba bangkit, benteng negara yang diketuai oleh Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Rodney Celvin tampil tenang untuk menyekat serangan lawan.

Aksi hampir sama terus disajikan dimana skuad negara terus disajikan beberapa peluang terbaik namun ia gagal disudahkan dengan baik.

Walaupun Filipina cuba memberikan tentangan, 12,734 penyokong di stadium akhirnya mampu bersorak gembira apabila kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Dalam aksi di Bangkok, Thailand mengesahkan status selaku juara Kumpulan B selepas tewaskan Myanmar 2-0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN