fbpx
Keadaan kereta BMW terlibat kemalangan meragut nyawa Mazli di KM25.5, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Alur Tuman, Marang hari ini.

Warga emas maut, BMW terbabas rempuh pagar sekolah memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta BMW dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar sebuah institut memandu di Kilometer 25.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Alur Tuman, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Mazri Hussin, 65, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu kejadian, Mazri dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pulau Kerengga, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis BMW dipandu mangsa (Mazri) dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas merempuh pagar sebuah institut memandu. Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah pada bahagian kepala, manakala keretanya remuk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Sofian berkata, mayat Mazri telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN