fbpx
Gambar hiasan.

Polis rakam keterangan 10 saksi kes pelajar maut di bangunan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LARUT – Polis merakam percakapan 10 saksi bagi membantu siasatan kes kematian dua pelajar perempuan di sebuah bangunan kosong di Buntong, Ipoh bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, mereka terdiri daripada guru dan rakan-rakan terdekat mangsa yang berusia 14 tahun.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kejadian selain membantu pihak polis melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

“Selain itu, beberapa barangan milik mangsa turut dihantar ke makmal forensik, namun keputusan masih belum diperoleh. Siasatan awal setakat ini tidak menunjukkan kejadian itu mempunyai unsur jenayah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan keluarga dua remaja terbabit berhasrat mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa terdapat unsur kecuaian dalam tragedi berkenaan.

Dakwaan itu dikaitkan dengan keadaan kawasan rumah pangsa 15 tingkat yang didakwa tidak dipagar selain disyaki terbengkalai sehingga membolehkan orang ramai termasuk kanak-kanak memasuki kawasan tersebut secara bebas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN