fbpx
Muhammed Syarafi (kanan) berbincang dengan salah seorang anak guamnya di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 19 April lalu. - Gambar Fail

Kes 14 lelaki didakwa berpakaian wanita dibicara pada 20 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 20 September depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes seramai 14 lelaki didakwa atas pertuduhan berlagak seperti perempuan dengan berpakaian wanita pada tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas dua kes yang sebelum ini didengar secara berasingan masing-masing melibatkan tujuh lelaki dalam prosiding berbeza disatukan dalam prosiding di hadapan hakim baharu pada tarikh tersebut.

Peguam yang mewakili kesemua tertuduh, Muhammed Syarafi Mohd. Salleh berkata, kesemua tertuduh memohon supaya pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes termasuk surat-menyurat kepada pihak pembelaan sebagai persediaan bagi prosiding seterusnya.

Mahkamah turut membebaskan kesemua 14 tertuduh dengan bon jaminan polis sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, tujuh lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Rendah Syariah atas pertuduhan memakai pakaian wanita di sebuah apartmen di Jalan Mahmood di sini pada 30 Mei tahun lalu.

Mereka didakwa berpakaian seperti wanita dengan mengenakan pakaian lengan panjang ketat, seluar ketat, kasut tumit tinggi dan skirt pendek paras atas paha di sebuah dewan serba guna di apartmen berkenaan kira-kira pukul 11 malam, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Muhammed Syarafi dibantu Mohd. Faqqhuruddin Mohd. Nasir dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Kelantan, Shamsiah Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN