fbpx
TUNKU Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz dimasyhurkan menyandang Gelaran Pusaka Putera Yang Empat berkuat kuasa serta-merta dalam satu istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, pagi ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Tunku Zain dimasyhurkan Tunku Panglima Besar ganti Tunku Nadzaruddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz dimasyhurkan menyandang Gelaran Pusaka Putera Yang Empat, iaitu Tunku Panglima Besar berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini, pagi ini, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memasyhurkan Tunku Zain sebagai penyandang Gelaran Pusaka berkenaan.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, pemasyhuran berkenaan dibuat bagi mengisi kekosongan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.

“Ke Bawah Duli Tuanku menzahirkan keyakinan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-’Abidin, selaku Tunku Panglima Besar, akan terus memainkan peranan penting dalam menjunjung kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta memelihara kepentingan rakyat dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azizi dilaporkan berkata, cubaan Tunku Datuk Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar menerima gelaran yang tidak sah dengan sendirinya, Tunku Nadzaruddin telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN