fbpx
Noraini pada sidang akhbar ketika mengadakan lawatan Biodisel B15 di Stesen Minyak Petronas Presint 16, Putrajaya hari ini Foto FAISOL MUSTAFA

PRN Johor: Lebihkan calon wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sayap Wanita Barisan Nasional (BN) mahu lebih ramai calon wanita diketengahkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr.Noraini Ahmad berkata, pihaknya sentiasa menyokong segala usaha bagi meningkatkan pembabitan wanita di setiap negeri.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Pusat berkata, pihaknya juga berharap perkara itu mendapat pertimbangan BN Negeri Johor dan BN Pusat.

“Semestinya kami Wanita BN memang mahukan supaya calon-calon wanita dapat diketengahkan sebab sekarang Johor adalah antara negeri yang mempunyai (wakil rakyat) wanita BN paling tinggi. Sekarang calon wanita yang menang (pada PRN Johor sebelum ini), iaitu (menjadi) wakil rakyat ialah sebanyak 26 peratus,” katanya ketika ditemui selepas melawat Klang Valley Distribution Terminal (KVDT) di sini, hari ini.

Sebelum ini, katanya, sekitar 25 peratus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN adalah dalam kalangan calon wanita.

Mengulas lanjut, Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam PRN Johor juga akan dibincangkan bersama kepimpinan tertinggi parti.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa Isnin lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN