fbpx
Jaslinda ketika tiba di Kem Batu Core pada pagi 24 Mei lalu, sebelum gagal dikesan pada tengah hari.

Kenapa tak guna K9 cari Jaslinda?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Unit K9 tidak digunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bagi mencari pendaki, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih ekoran beberapa faktor yang menyulitkan operasi membabitkan anjing pengesan.

JBPM Perak dalam hantaran di Facebook menjelaskan, penggunaan Unit K9 dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bergantung kepada pelbagai faktor termasuk keadaan muka bumi, cuaca, tempoh kehilangan serta tahap keberkesanan pengesanan bau di lokasi kejadian.

“Dalam operasi SAR Gunung Batu Putih, pasukan penyelamat berhadapan dengan kawasan hutan gunung yang sangat luas, curam, berbatu, berhutan tebal serta keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Selain itu, operasi yang telah berlangsung melebihi beberapa hari boleh menyebabkan jejak bau mangsa semakin sukar dikesan,” katanya di sini hari ini.

JBPM Perak memberitahu, pergerakan ramai anggota SAR, hujan, kabus dan tiupan angin juga boleh memberi kesan terhadap keupayaan pengesanan oleh anjing pengesan.

Katanya, setiap aset yang digunakan dalam operasi SAR akan dinilai oleh Komander Operasi berdasarkan keadaan semasa, keselamatan pasukan dan keberkesanan pencarian.

“K9 merupakan aset yang sangat bernilai dalam operasi SAR, namun penggunaannya perlu disesuaikan dengan keperluan dan situasi di lapangan bagi memastikan peluang pencarian dapat dimaksimumkan.

“Terima kasih atas sokongan dan doa yang berterusan kepada semua anggota penyelamat yang bertugas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN