fbpx
AQASHA berharap lambakan filem seram atau hantu di Malaysia ketika ini tidak memberi cerminan bahawa perkara mistik sebegitu yang dilalui para pengkarya tanah air.

‘Tak minat, menakut-nakutkan orang hal terakhir saya nak buat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak berminat terlibat dalam mana-mana naskhah seram, pelakon Aqasha percaya kejujuran dalam mempersembahah sesebuah cerita akan hadir menerusi karya yang dekat dengan karyawan itu sendiri, baik sebagai pelakon mahupun pembikin.

Menurut Aqasha, pendirian tersebut dirasakan seiring dengan gerak hati yang berasakan segelintir para pembikin filem sekadar menghasilkan cerita seram tetapi tidak memgalaminya secara peribadi.

Tegas bintang filem Embun itu juga, berlakon dengan tujun menakut-nakutkan penonton mungkin perkara terakhir yang akan dilakukannya.

“Kata otai pembikin filem, kena buat filem yang dekat dengan diri kau, barulah jujur cerita itu.

“Tapi lambakan filem hantu ini, saya harap tak melambangkan yang ramai pembikin filem ini kenal rapat dengan hantu melainkan dengan sesuatu yang menghantui.

“Bukanlah hantu itu sendiri. Secara peribadi, saya tak minat cerita hantu, menakut-nakutkan orang ini adalah hal terakhir yang saya nak buat,” katanya dalam platform Threads.

Perkongsian aktor yang mendapat perhatian sejak dipilih sebagai pemeran watak Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang Ledang (PGLTM) itu juga menerima beberapa respons daripada netizen yang terdapat segelintir berpendapat lebih baik terlibat dengan filem seram berbanding naskhah merosakkan akidah seperti pernah dilakukannya menerusi drama sensasi, Walid.

“Tapi lebih baik berlakon dalam filem hantu daripada drama yang menyesatkan akidah.

“Dalam al-Quran juga banyak kali menyatakan tentang makhluk ghaib,” kata seorang individu.

Aktor tersebut bagaimanapun menegaskan bukan hanya tentang makhluk ghaib sebaliknya al-Quran juga terkandung mengenai manusia yang menggunakan agama demi keuntungan diri sendiri.

“Al-Quran juga sembang fasal manusia yang menggunakan Tuhan dan agama untuk kekayaan dan kesenangan hidup. Apa kau fikir kesesatan aqidah itu cerita tipu ke?” balasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN