fbpx
Muhammad Adam (gambar kecil) disahkan meninggal dunia selepas rebah di Padang Bola Batalion 2 PGA di Kulim petang semalam.

Atlet ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah di padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani sesi latihan di Padang Bola Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Tengku Mohd. Faisal Tengku Yeng berkata, mangsa, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan kecemasan.

Beliau berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Arau, Perlis sedang menjalani latihan ragbi bersama pasukannya.

“Ibu mangsa dimaklumkan jurulatih ragbi bahawa anaknya rebah dan tidak sedarkan diri ketika latihan. Mangsa diberi bantuan awal, namun tidak menunjukkan sebarang tindak balas sebelum dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pegawai perubatan di unit kecemasan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia dan difahamkan sedang menjalani latihan praktikal di daerah itu selain aktif sebagai pemain ragbi Sukma Pulau Pinang.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit,” ujarnya.

Tambahnya, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN