fbpx
Pasukan SSMP muncul juara Kejuaraan MCKK Premier 7s.

SSMP kekal dominasi MCKK Premier 7s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEKOLAH Sukan Malaysia Pahang (SSMP) mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi MCKK Premier Sevens selepas menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 19-14 pada aksi final di Padang Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam.

Kejayaan itu menyaksikan SSMP sekali lagi menjulang Trofi NJ Ryan selepas mengatasi lawan yang sama pada perlawanan akhir, sekali gus mengulangi pencapaian musim lalu.

Aksi final berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas asakan, namun SSMP berjaya mengekalkan ketenangan pada saat-saat penting untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn muncul juara kategori Plate selepas menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 24-19.

Bagi kategori Bowl pula, SMK Hosba menewaskan SMK Syed Sirajuddin 17-12, manakala Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau merangkul kejuaraan Shield hasil kemenangan bergaya 22-0 ke atas Maktab Tentera Diraja (RMC).

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Raja Kecil Besar Perak, Raja Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sebanyak 24 pasukan sekolah dari Malaysia, Jepun dan Indonesia mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu, sekali gus terus mengukuhkan reputasi MCKK Premier Sevens sebagai antara kejohanan ragbi sekolah paling berprestij di rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN