fbpx
PEARLY (kanan) dilaporkan sudah pulih daripada kecederaan belakang dan akan kembali beraksi di Terbuka Singapura. - AFP

Pearly-Thinaah bakal kembali di Terbuka Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah dijangka kembali ke pentas kompetitif pada Kejohanan Badminton Terbuka Singpura yang akan bermula Selasa ini.

Perkembangan positif itu dikongsikan ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak yang mengesahkan Pearly sudah pulih daripada kecederaan belakang dialami.

“Insya-Allah, Pearly-Thinaah akan beraksi di Terbuka Singapura nanti,” katanya.

Terdahulu, naib juara dunia itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Malaysia Masters memandangkan Pearly masih belum pulih daripada kecederaan.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan berulang tersebut ketika menggalas misi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China bulan lalu.

Kecederaan itu turut menyaksikan Pearly terpaksa digugurkan daripada skuad badminton wanita kebangsaan yang beraksi pada Piala Uber 2026 di Horsens, Denmark.

Menjelang pusingan pertama Terbuka Singapura nanti, Pearly-Thinaah dijadualkan berdepan beregu Taiwan, Ling Fang-Jheng Yu Chieh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN