fbpx
THINAAH perlu menggunakan segala pengalaman yang dimiliki untuk memimpin skuad Uber negara meraih kemenangan pertama berdepan Turkiye.

Piala Uber: Thinaah mampu pimpin rakan sepasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGALAMAN luas dimiliki kapten skuad Piala Uber negara, M. Thinaah dapat membantu rakan sepasukan menjelang aksi sulung Kumpulan B menentang Turkiye yang akan berlangsung hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei menyuarakan keyakinan tersebut meskipun Thinaah tidak ditemani gandingannya, Pearly Tan yang dibelenggu kecederaan belakang.

Chong Wei mengingatkan pasukan wanita negara yang rata-ratanya dibarisi pemain muda supaya tidak terlalu tertekan dan hanya menampilkan aksi terbaik setiap kali masuk ke dalam gelanggang.

“Thinaah adalah kapten pasukan dan merupakan pemain senior yang sangat berpengalaman. Saya percaya anda mampu memimpin pasukan ini dengan baik. Oleh itu, saya yakin dengan kemampuan anda.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain. Saya harap anda semua tidak terlalu tertekan dan berikan sahaja yang terbaik,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi BAMTV.

Walaupun Malaysia dijangka turun sebagai pilihan pada perlawanan hari ini, namun pemain-pemain negara perlu berwaspada memandangkan Turkiye turut memiliki kelebihan, terutamanya menerusi perseorangan pertama mereka, Neslihan Arin.

Ia dapat dibuktikan apabila pemain berusia 32 tahun itu berada di ranking ke-30 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan perseorangan pertama negara, K. Letshanaa berada empat tangga di bawahnya.

Kemenangan ke atas Turkiye amat penting buat Malaysia bagi mendapatkan tonik tambahan sebelum pertemuan menentang Afrika Selatan dan juara enam kali, Jepun dalam misi meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN