fbpx
VILLA memiliki rekod yang cukup baik berdepan Fulham apabila meraih kemenangan dalam lima perlawanan terakhir sebelum ini. - AFP

EPL: Villa harapkan magis Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Aston Villa kini hanya selangkah lagi untuk memburu tiket ke Liga Juara-Juara dengan dua kemenangan lagi mampu mengesahkan tempat mereka ke pentas elit Eropah.

Menjelang aksi penting malam ini, kelebihan jelas memihak kepada skuad kendalian Unai Emery yang memiliki rekod sempurna menentang Fulham, sekali gus meletakkan Villa dalam posisi terbaik untuk terus mara.

Momentum Villa ketika ini juga sukar dinafikan apabila mereka bangkit mencatat kemenangan dramatik 4-3 ke atas Sunderland, hasil jaringan saat akhir pada minit ke-93.

Kemenangan tersebut bukan sahaja menyelamatkan Villa daripada keciciran mata, malah menyuntik keyakinan tinggi menjelang pertemuan seterusnya.

Prestasi semasa juga memihak kepada mereka apabila mencatat lima kemenangan daripada enam perlawanan terakhir liga dengan kekalahan terakhir dialami pada Mac lalu.

Rekod peribadi Emery turut menjadi sandaran utama apabila dia memenangi kesemua lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham, satu pencapaian yang hanya dapat ditandingi oleh Pep Guardiola dari segi rekod sempurna.

Dalam masa sama, penyerang berbisa Ollie Watkins kini berada di tahap terbaik apabila menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan terakhir, sekali gus menjadi ancaman utama kepada benteng lawan.

Berdasarkan rekod cemerlang Emery dan ketajaman Watkins, Villa dilihat berada di landasan terbaik untuk menambah tiga mata dan terus menghampiri impian beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN