HERO popular Bollywood, Ranbir Kapoor dikhabarkan menolak tawaran filem terbaru yang mahu menggandingkannya dengan bintang baharu, Aneet Padda.
Difahamkan, filem tersebut mengangkat tema cinta jarak usia. Sebelum ini Ranbir pernah mengeluarkan kenyataan dia tidak akan membintangi filem romantik lagi.
Namun, netizen mula berseloroh dengan mendakwa Ranbir menolak filem tersebut kerana dia sendiri memiliki isteri iaitu Alia Bhatt yang 10 tahun lebih muda daripadanya.
Dalam perkembangan lain, Ranbir sebenarnya lebih teruja menantikan filem termahal di India lakonannya berjudul Ramayana yang dijangka ditayangkan pada November nanti.














