fbpx
Ahli keluarga mangsa menunggu di hadapan sebuah hospital di Kahramanmaras semalam. - AFP 

9 maut, 13 cedera amukan pelajar 14 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Sekurang-kurangnya lapan pelajar dan seorang guru terbunuh, manakala 13 lagi mangsa cedera dalam tragedi amukan senjata api di sebuah sekolah di selatan Turkiye, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Ayser Calik, wilayah Kahramanmaras semalam. 

Menteri Dalam Negeri, Mustafa Cifci berkata, enam mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. 

Media tempatan melaporkan, suspek berumur 14 tahun itu merupakan pelajar sekolah berkenaan. Dia masuk ke dalam  dua bilik darjah dengan membawa lima laras senjata api dan tujuh kelopak peluru. 

Gabenor wilayah, Mukerren Unluer berkata, senjata api yang dibawa oleh suspek dipercayai milik bapanya yang merupakan bekas pegawai polis. 

“Penembak turut terbunuh dalam insiden itu, manakala bapanya ditahan polis,” demikian menurut media tempatan. 

Motif serangan belum diketahui dan siasatan sedang giat dijalankan. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai cuba melarikan diri dengan melompat dari tingkap semasa kejadian. 

Kejadian itu berlaku sehari selepas seorang bekas pelajar melepaskan tembakan di sekolah lamanya, mencederakan 16 orang sebelum membunuh diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN