ERA aplikasi janji temu kini memasuki fasa baharu apabila kecerdasan buatan (AI) semakin memainkan peranan penting dalam membantu pengguna mencari pasangan yang lebih serasi. Menurut pengasas aplikasi janji temu Bumble iaitu Whitney Wolfe Herd, teknologi tersebut bukan sekadar memberi jaminan keselamatan kepada pengguna tetapi menjimatkan masa untuk menemui profil yang sepadan. Katanya, sistem AI akan membantu melakukan padanan automatik bagi mencari pasangan bersesuaian berbanding menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk meneliti profil. “Aplikasi janji temu kini memasuki fasa baharu apabila AI……














