fbpx
Hantaran dimuat naik pada Facebook Anwar berhubung aktivis Malaysia yang menyertai GSF 2.0.

Bebaskan segera semua aktivis GSF 2.0 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan dilakukan rejim Zionis Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dan menuntut jaminan keselamatan serta pembebasan segera kesemua yang ditahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kurang ajar rejim jahat berkenaan terhadap terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, malah ia memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin.

“Rejim biadab Zionis Israel telah bertindak memintas flotila kemanusiaan Gaza dan telah pun menahan lebih 100 orang aktivis termasuk 16 aktivis dari Malaysia yang terlibat dalam misi aman membela kemanusiaan sejagat.

“Dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan. Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban,” tegasnya menerusi hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN