fbpx
BARU memasuki episod kedua, kisah pembunuhan budak lelaki yang hampir menyamai kes kematian kanak-kanak lelaki Zayn Rayyan menerusi siri Good Boys To Haeven kini menjadi percakapan netizen dalam media sosial.

Ramai pakat jadi detektif cari pembunuh anak Beto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KALAU diperhatikan media sosial minggu ini, drama Good Boys Go To Heaven boleh dikatakan menjadi antara yang paling banyak diperkatakan khalayak.

Bukan kritikan sebaliknya pujian yang menghujani drama arahan Ariff Zulkarnain itu kerana mengetengahkan kes pembunuhan tragis seorang kanak-kanak.

Barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Zahirah Macwilson, Sky Iskandar, Firdaus Karim dan Malek Mccrone antara yang menguatkan lagi naskhah tersebut.

Menariknya, drama lapan episod itu membuatkan ramai bertukar kerjaya menjadi detektif apabila masing-masing mula membuat siasatan dan teori sendiri untuk kes pembunuhan Ahyan iaitu anak lelaki Yasser lakonan Beto.

“Baru satu episod, penonton sudah jadi pegawai penyiasat, macam-macam tuduhan sudah kami buat.

“Penatlah jadi detektif, sudah dua kali tengok episod satu sebab nak cari sebarang petunjuk kes bunuh,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN