fbpx
Pemandu lori simen tersepit selepas merempuh plaza tol di Bukit Kajang, hari ini. - JBPM SELANGOR

Pemandu lori tersepit langgar plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pemandu lori simen berdepan detik cemas apabila tersepit selepas kenderaan dipandunya merempuh plaza tol di Bukit Kajang, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.06 tengah hari.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah lori simen telah melanggar plaza tol.

“Terdapat seorang mangsa berusia 36 tahun tersepit di bahagian pemandu dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN