fbpx
AEDY Ashraf yang bertindak selaku penerbit Tarung menerusi syarikat, Alpha 47 sememangnya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan penglibatan Zul Ariffin dalam filem pertamanya itu.

Aedy Ashraf sanggup kena tumbuk demi Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEDANG ‘mendunia’ di pawagam seluruh negara sejak ditayangkan bermula 7 Mei lalu, itulah penangan filem aksi terbaharu, Tarung: Unforgiven ketika ini.

Meski ramai berpendapat, Tarung mempersembahkan jalan cerita klise, berlawan dalam gelanggang dan gengsterisme, pengarahnya Razaisyam Rashid menegaskan mesej yang tersirat adalah bergantung kepada tafsiran setiap penonton.

Namun menurutnya, naskhah terbitan Alpha 47 adalah mengenai pertarungan dengan ketakutan, keberanian dan semua emosi yang dilalui diri sendiri.

“Filem ini sebenarnya tentang perjuangan kita semua iaitu bagaimana seseorang berhadapan untuk memaafkan diri sendiri sekali gus menjadi simbol menentang daripada melakukan sebarang keganasan.

“Cerita ini tidak mendorong melakukan kejahatan tetapi menyemai kedamaian dalam jiwa sendiri dan saya nak bawa penonton ke arah itu,” katanya.

Bukan sahaja mencengkam emosi, Razaisyam juga turut memberitahu setiap babak aksi juga dilakukan sepenuhnya oleh setiap pelakon yang terlibat.

“Sebenarnya saya tak suka menipu dalam setiap karya kerana mahu setiap rakaman terutama babak pertarungan nampak ‘real’.

“Secara fizikal, tidak ada pelakon aksi lagak ngeri dan semua babak pertarungan dilakukan 100 peratus oleh pelakon yang terlibat.

“Semua memang kena ‘bantai’ dan walau air mata Dahlia iaitu watak Azira Shafinaz pun memang saya mahu yang original lahir jujur dari emosinya, tak mahu tipu,” jelasnya.

Sementara itu, Aedy Ashraf selaku penerbit eksekutif memberitahu gabungan Bront Palarae dan Zul Ariffin dalam naskhah pertama terbitannya adalah salah satu perkara ‘gila’ yang dilakukan untuk filem tersebut.

“Sebenarnya saya sentiasa mengimpikan melihat dua ‘titan’ ini bertembung dalam skrin.

“Awalnya mungkin rasa macam idea gila tetapi kegilaan tersebut berjaya saya realisasikan untuk Tarung.

“Mereka beri kerjasama dan hasil kerja yang hebat, semua buang ego di luar set penggambaran untuk Tarung, terima kasih buat semua yang terlibat,” ujarnya.

“Nak dapatkan Zul adalah tugas saya, manakala untuk Bront pula tugas pengarah. Pada ketika itu, pengarah ada beritahu yang Zul sedang giat berlatih ‘sparing’ untuk filem The Furious.

“Jadi pengarah kata buatlah apa yang saya mampu untuk dapatkan Zul walaupun saya terpaksa berlawan dengannya,” ujar Aedy usai malam gala tayangan filem Tarung: Unforgiven baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Aedy mendedahkan usahanya mendapatan Zul untuk Tarung bukan sesuatu yang mudah sehingga sanggup turun padang ke sesi latihan aktor bertubuh itu demi merealisasikan impiannya.

“Ya, saya memang pergi ‘sparing’ semasa berada di tempat latihan Zul.

“Misi saya hanya satu iaitu mahu dia berlakon dalam Tarung, kalau kena tumbuk pun, biar sajalah.

“Saya jelaskan kepadanya hajat dan kami memang ada ‘sparing’ sebentar tetapi secara ringan sahajalah, hasilnya, Zul sebagai Ayah Badrul dalam Tarung,” kongsinya.

Tarung: Unforgiven mengisahkan Hatta lakonan Mierul Aiman, seorang bekas atlet silat yang bergelut meneruskan kehidupan normal selepas berdepan tragedi hitam iaitu kematian atlet lawannya ketika bertarung.

Kehidupan Hatta semakin terhimpit apabila kakaknya, Aisha lakonan Sharifah Sakinah disahkan menghidap penyakit kronik, sekali gus memberi tekanan kepadanya untuk mendapatkan wang bagi menampung kos rawatan.

Filem tersebut juga merupakan hasil kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw mula ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu. Turut membintangi filem berkenaan termasuklah Amir Ahnaf, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry dan Aeril Zafrel.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN