fbpx
CHRIGOR (tengah) akan menjadi sandaran Selangor bagi merobek pintu gol Nam Dinh. - FB SELANGOR FC

ACC: Selangor pasang strategi ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon sudah ada ramuan ampuh untuk memastikan pasukan melakar sejarah mara ke final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menjelang aksi separuh akhir kedua menentang Nam Dinh di Stadium Thien Truong, malam ini.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah membawa bekalan tipis selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas wakil Vietnam itu pada aksi pertama di Stadium MB Petaling Jaya, minggu lalu.

Menurut Pan-gon, fokus utama pasukan adalah untuk kekalkan corak menyerang selain meletakkan harapan agar penyerang sensasi, Chrigor Moraes dapat meledak gol untuk melebarkan defisit jaringan.

Pang-gon berkata, barisan pemain juga perlu berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan pasukan tuan rumah kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit.

“Saya tidak boleh jelaskan strategi penuh lagi kerana masih ada satu lagi perlawanan. Kita tahu Nam Dinh sangat kuat di tempat sendiri, jadi kami tidak boleh terlalu selesa.

“Kami jangka mereka akan menyerang habis-habisan, tetapi mereka juga perlu tahu kami ada penyerang dan pemain sayap berbahaya yang mampu menghukum mereka.

“Kami percaya kepada Chrigor. Pemain lain sentiasa cuba mencipta peluang terbaik untuk dia menjaringkan gol. Dia tidak pentingkan diri sendiri dan sentiasa membantu rakan sepasukan. Dia pemain yang hebat,” katanya.

Sementara itu, Chrigor mengakui terdesak untuk membantu Selangor mengakhiri musim ini dengan menjulang trofi berprestij seperti ACC.

“Kami tahu perlawanan ini sangat penting untuk pasukan dan kelab, tetapi kami juga tahu ia bukan mudah.

“Ada sedikit tekanan kerana sudah lebih 10 tahun kami tidak memenangi trofi besar, namun kami sentiasa bersama dan kini hanya selangkah lagi ke final,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN