fbpx
Gambar hiasan

Inspektor Rosliza cari pemandu Proton Waja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang lelaki cedera parah selepas menjadi mangsa langgar lari apabila motosikal jenis Yamaha 135LC yang dia tunggang dirempuh sebuah kereta jenis Proton Waja di Jalan Permata berhampiran Hotel KK, Nilai 3, pada malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.30 malam dan polis dimaklumkan mengenainya sekitar pukul 11.26 pagi keesokan harinya.

“Waris memaklumkan motosikal mangsa telah dilanggar oleh kereta berkenaan sebelum pemandunya bertindak melarikan diri.

“Ekoran itu mangsa yang berusia lingkungan 20-an telah cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Rosliza Mohd. Ludin di talian 010-455 4359 mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN