fbpx
TFC memberi bayangan bakal meninggalkan saingan Liga Super musim depan dan beraksi di divisyen lebih rendah ekoran masalah kewangan.

MFL patut mula rasa resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu merencanakan sesuatu untuk kembali melonjakkan prestij Liga Super sekali gus mengelak lebih banyak kelab-kelab besar yang memiliki sokongan peminat besar terus menarik diri.

Kehilangan beberapa pasukan besar sebelum ini harus menjadi isyarat penting buat MFL, namun perkembangan melibatkan Terengganu FC yang mempertimbangkan cadangan beraksi di saingan lebih rendah sepatutnya menjadi petanda membimbangkan.

Situasi berkenaan akan menyebabkan Liga Super berlangsung tanpa pasukan yang memiliki standard dan pasukan yang mungkin ‘dijemput’ beraksi adalah sekadar pelengkap saingan sahaja.

Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim berkata, MFL perlu meyakinkan pasukan untuk terus kekal di pertandingan tertinggi bola sepak Malaysia dan pasukan jemputan hanya boleh dianggap sebagai langkah sementara.

“MFL kena jumpa FA (persatuan negeri) pasukan yang ada kelompok penyokong ramai, termasuklah di negeri asal kelab yang sudah ‘tutup kedai’. Tanya apa masalah mereka dan cuba bantu mereka kembali ke Liga Malaysia.

“MFL ini seperti pemilik gedung beli belah, mereka kena tanya peniaga kenapa tidak mahu sewa dalam premis mereka, adakah sebab sewa terlalu mahal? Kalau boleh, pasukan yang berasaskan negeri kena main, tidak boleh harapkan pasukan berstatus kelab saja.

“Tidak perlu pergi jauh, lihat saja Thailand, bagaimana kita lihat pasukan yang ada identiti negeri seperti Buriram United. Kuching City misalnya, mereka memiliki kumpulan penyokong kerana mereka kini wakil tunggal Sarawak, mungkin situasi ini berbeza jika pasukan negeri Sarawak turut beraksi,” katanya.

Sebelum ini, Terengganu FC yang dilabel sebagai pasukan elit tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Liga Super dan beraksi di Liga A1 Semi Pro, musim depan ekoran masalah kewangan.

Liga Super sebelum ini sudah pun kehilangan pasukan besar seperti Kelantan, Perak, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang, tetapi musim ini turut disertai oleh kelab jemputan dari Brunei, DPMM FC.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN