fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir hampir semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Jerantut),” lapor MetMalaysia.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh Melaka, Putrajay, Selangor (Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN