fbpx
Suasana di Istana Negeri Sembilan di Jalan Changkat Persekutuan, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Aminuddin keluar Istana, teka-teki krisis politik Negeri Sembilan memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suasana di pekarangan Istana Hinggap Negeri Sembilan di Jalan Changkat Persekutuan mencuri tumpuan apabila kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dilihat keluar meninggalkan istana kira-kira pukul 1.50 petang.

Terdahulu, beliau difahamkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu pertemuan yang berlangsung di sebalik kemelut politik yang semakin memuncak di negeri berkenaan.

Pergerakan keluar Aminuddin yang menaiki kenderaan jenis Toyota Camry dilihat tenang, diiringi kenderaan pengiring.

Sejak awal pagi, suasana politik Negeri Sembilan berubah mendadak apabila Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat dalam satu sidang akhbar khas UMNO Negeri Sembilan sekitar pukul 10.15 pagi di Wisma UMNO negeri, dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersama 12 daripada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.

Kedudukan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ketika ini menyaksikan BN mempunyai sebanyak 14 kerusi daripada 36 kerusi.

Pakatan Harapan pula mempunyai 17 kerusi manakala baki lima kerusi milik Perikatan Nasional.l

Difahamkan juga, satu sidang akhbar oleh Aminuddin pada pukul 3.30 petang ini akan berlangsung di Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN