fbpx
SHELLY Kittleson bergambar di Baghdad pada 31 Mac lalu. – AFP

Ganjaran RM39 juta jika ada maklumat tentang Abu Alaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat(AS) menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM39.6 juta)  untuk maklumat mengenai ketua kumpulan bersenjata Iraq disokong Tehran, Kataeb Sayyid al-Shuhada (KSS), yang dilabelkan Washington sebagai organisasi pengganas.

Seorang pegawai AS  dalam hantaran di laman sosial  berkata, mereka sedang mencari maklumat mengenai pemimpin KSS,  Hashim Finyan Rahim al-Saraji,  juga dikenali sebagai Abu Alaa al-Walai.

“KSS membunuh orang awam dan menyerang kemudahan diplomatik AS di Iraq, serta menyerang pangkalan tentera dan kakitangan AS di Iraq dan Syria,”  katanya.

Hantaran itu menyatakan,  ‘anda mungkin layak untuk penempatan semula dan ganjaran’ bagi maklumat mengenai keberadaan Abu Alaa.

Kumpulan disokong Iran itu telah menyasarkan kedutaan AS di ibu negara Iraq, kemudahan diplomatik dan logistik AS  di lapangan terbang Baghdad serta telaga minyak yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat  asing.

Iraq  yang mencapai kestabilan selepas konflik selama beberapa dekad,  diheret ke dalam perang Asia Barat selepas  Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran pada 28 Februar lalu.

Awal bulan ini, ganjaran sama ditawarkan untuk ketua Kataeb Hezbollah,  kumpulan bersenjata Iraq yang menculik wartawan AS,  Shelly Kittleson bulan lalu dan menahannya selama seminggu sebelum dibebaskan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN