fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh Fadhlina di laman Facebook.

Wartawan benteng maklumat sahih era AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengamal media terus memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat yang tepat dan sahih sampai kepada masyarakat meskipun berdepan lambakan maklumat serta perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, media bukan sahaja berfungsi menyampaikan berita, malah menjadi suara rakyat serta mekanisme semak dan imbang yang penting dalam negara.

Menurutnya, pelbagai isu yang timbul dalam masyarakat juga dapat diketengahkan melalui media untuk perhatian kerajaan dan pihak berkaitan.

“Dalam era lambakan maklumat, kecerdasan buatan dan teknologi digital, pengamal media punya peranan penting memastikan maklumat yang tepat sampai kepada masyarakat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengamal media atas usaha dan khidmat bakti serta mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2026 kepada rakan media di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN