fbpx
KEADAAN yang nyaman, sejuk seperti negeri peranginan Cameron Highlands melanda Segamat pagi ini.- Foto FARAHWAHIDA AHMAD/KOSMO!

Segamat ‘berubah’ jadi Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Suasana luar biasa seakan berada di tanah tinggi Cameron Highlands dapat dirasai penduduk di daerah ini apabila kabus tebal bersama cuaca dingin menyelubungi kawasan rekreasi Sungai Kapeh, pagi tadi.

Fenomena jarang berlaku itu tercetus selepas hujan lebat berterusan sejak lewat petang semalam, sekali gus mewujudkan suasana nyaman yang menarik perhatian orang ramai untuk keluar beriadah.

Tinjauan Kosmo! mendapati kawasan sekitar Sungai Kapeh di Bandar Segamat diliputi kabus sehingga jarak penglihatan menjadi terhad, manakala pengguna jalan raya dilihat menyalakan lampu kenderaan sebagai langkah keselamatan.

Lebih menarik, keadaan berkabus itu berlarutan lebih lama berbanding kebiasaan apabila hanya mulai pulih sepenuhnya sekitar pukul 10 pagi.

Seorang penjawat awam, Salmah Mohammad Diah, 49, berkata, dia seolah-olah berada di Cameron Highlands ketika menikmati suasana sejuk di kawasan riadah berkenaan.

Menurutnya, hujan lebat sehari sebelumnya berkemungkinan menjadi punca utama fenomena tersebut, selain faktor persekitaran berhampiran sungai yang mempercepat pembentukan kabus.

“Saya terkejut kerana jarang dapat merasai suasana dingin dan berkabus seperti ini di kawasan tanah rendah seperti Segamat. Walaupun jarak penglihatan terhad, ramai tetap mengambil peluang beriadah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Yahya Mahmud, 37, berkata, keadaan berkabus biasanya hanya berlaku pada awal pagi, namun kali ini ia berlanjutan beberapa jam dan jauh lebih tebal.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN