CHANGLUN – Warga asing yang menjalankan perkhidmatan kereta sapu bertindak licik apabila menggunakan kad pengenalan (MyKad) pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membeli petrol bersubsidi menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) pada harga RM1.99 seliter. Sebagai ganjaran, pemandu yang dipercayai dari negara Afrika itu menawarkan tambang percuma atau diskaun ketika menggunakan perkhidmatan tersebut. Perkara itu dikongsikan orang awam yang mendakwa melihat sendiri seorang pelajar perempuan dipercayai membuat bayaran menggunakan MyKad miliknya untuk mengisi petrol sebuah kereta sapu. Kejadian itu dipercayai……














