fbpx
Gambar hiasan.

Harga minyak mentah sukar kembali AS$65 setong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Hasrat untuk melihat harga minyak mentah Brent kembali ke paras AS$65 setong disifatkan sukar direalisasikan ketika ini susulan krisis tenaga global yang semakin berlarutan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, perubahan landskap tenaga global ketika ini tidak lagi bersifat sementara, sebaliknya norma lama telah berubah sepenuhnya.

“Bacaan awal menunjukkan ada norma yang tidak lagi kekal seperti dahulu. Sebab itu kita perlu bersedia bahawa dunia akan berdepan norma baharu atau ‘new normal’. Harga minyak untuk kembali ke AS$65 setong mungkin hanya tinggal memori. Kalau berlaku, Alhamdulillah, tetapi kita tahu keadaan tidak semudah sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian dan Hala Tuju Padu di sini hari ini.

Katanya, dalam mendepani cabaran itu, kerajaan memberi penekanan kepada pendekatan berasaskan data dan statistik dalam merangka dasar bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat lebih responsif terhadap perubahan serta keperluan semasa.

“Saya telah mengarahkan seluruh warga Kementerian Ekonomi untuk terus meningkatkan kecekapan, integriti dan profesionalisme, selain memberi fokus kepada kerja berprestasi tinggi.

“Kita baru memasuki bulan keempat tahun ini, namun perubahan yang berlaku amat pantas dan memerlukan kita bertindak lebih cekap serta berkesan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN